Saturday, November 30, 2002
Sebelum Hari Raya :::
Guatahu,
banyak kerja yang nak diselesaikan,
-beli baju raya (dah dapat budget punya - 2 helai)
-beli kasut raya
-beli sokong raya (pakai yg lama)
-basuh tank ikan (4ft tank - bersihkan pada malam raya)
-dah start kena kemas bilik (5% clean at the moment)
-kena kemas rumah pada malam raya
(sekarang makcik gua sibuk tgh buat kuih raya)
-kena repair PC at my sis place
(to be done by today)
-kena beli modem kat woodlands sebelum ke pasir ris repair PC
(also by today)
-check out n comtemplating to buy one of tis
to replace the lost of Jornada 568 Bluetooth
(tapi lepas raya dua bulan)
1. O2 (XDA)
2. HP Ipaq H5400 series (not available in Spore yet)
3. Nokia Communicator 9290
4. Jornada 820 HPC
any suggestion? FYI, gua ada HP of Ericsson intergrated wif bluetooth....
jgn kasi suggestion kalau luorang tak tahu ALL of the above feature.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Guatahu,
banyak kerja yang nak diselesaikan,
-

SITI JORNADA, YANG KU KASIHI, YANG KU SAYANGI :::
Siti Jornada,
Yang ku kasihi,
Yang ku sayangi,
Kau selalu bersama ku,
Setiap masa dan setiap waktu,
Ku membawa kau bersamaku,
Di mana sahaja aku berada,
Kau selalu membantuku,
Menyenangkan pekerjaanku,
Apabila aku memerlukanmu,
Rakan karibku, suka kepada mu,
Tetapi kau di dalam gengamanku,
Kerana kau milikku,
Hari ini, aku cuai,
Ku tinggalkan kau sendirian,
Kerana kelam-kabut sehingga tak ku sedari,
Kau diambil orang,
Hatiku resah-gelisah,
Sehingga menitis airmata,
Kehilangan mu,
Perjalananku meracau,
Macam dipukau,
Sehingga ku tak hirau,
Orang di sekeliling ku.....
Ku SMS kesemua orang yang ku tahu,
Berita pemergianmu,
Tak tahu kepada siapa harus aku mengadu,
Untuk mendapatkan mu kembali,
Pemergian suatu dugaan,
Ku tabahkan hatiku,
Menempuh perjalanan yang berliku,
Aku akan berusaha untuk mendapat yang baru,
Tetapi tidak seperti mu kerana
Engkau ada bluetooth......
Kalau diizinkan Allah,
Aku ingin kembali kepada mu,
Siti Jornada..........
Yang Ku Kasihi
Yang Ku Sayangi

Friday, November 29, 2002
wife to be :::
Seorang wanita yg ingin ku kahwini
Hantaran yg akan ku beri
$10,000 bermas kahwinkan seutas rantai emas bernilai $500
Dengan Syarat wanita tersebut :
1) Paras wajahnya menawan hati
2) Beribadat & Bertaqwa
3) Pandai memasak, tidak kurang dari 8 jenis lauk-pauk,
semestinya :-
a) Asam Pedas - samada ikan duri atau pari
b) Sambal Tumis Udang atau Sotong
c) Sotong Hitam
d) Lemak Ayam Cili Padi
e) Sambal Goreng
f) Lauk Kicap
g) Lemak Lodeh atau Kobes : Tahu dan Tempeh
h) Nasi Ayam atau Bryani Dam
Sila hubungi talian :
1800-Kau Istimewa
Gadis Idamanku

Wednesday, November 27, 2002
the word 'basically' :::
Luorang pernah tak menggunakan perkataan 'basically' di tempat kerja??
Alamak, hari ni gua kena tegur dahhhh...
Apa tak, gua dah gunakan perkataan 'basically' sebanyak lebih dari 27 kali dalam sehari dan tiap-tiap hari.....
'Basically', apa yg gua nak cakapkan 'basically' itulah dia... utk menerangkan apa yg kurang terang supaya menjadi terang-menderang....
Gua kasi tahu gua punya kawan kerja bahawa 'basically', the word 'basically' is to explain a basic or fundamental of the subject 'basically'. So, that is why the word 'basically' been used often..... so do you know 'basically'?.....
Apa Aje, Sap Sua, Peging Shay....

Saturday, November 23, 2002
Gua jumpa 'wallet' penuh dengan duit :::
Guatahu,
Gua jumpa 'wallet' kat dalam bas hari ni bila gua nak ke tempat kerja.
Harus kah gua kembalikan,
Harus kah gua simpan buat sementara,
Harus kah gua kasi tahu kawan-kawan gua dan kita pegi makan lepas buka,
Adakah ini bulan puasa,
bulan penuh dgn barakah,
rezeki gua terima,
di depan mata,
jumlah wang agak banyak,
tidak kurang enam ratus dolar (>$600),
lalu gua terdengar suara dari luar,
memanggil nama gua,
berulang kali,
sehingga gua terjaga,
rupa-rupanya.........
gua mimpi dah............
gua terus bangun dan pegi mandi,
sebelum ke tempat kerja, gua pegi tekan duit kat ATM,
keluarkan $300 nak pegi beli baju raya
kat Geylang malam ni ......
bulk sms : (send to your friend out there)
Kepada mereka yg
berjaya puasa di
bulan Ramadhan
ku ucapkan
Selamat Hari Raya
dan kepada
mereka yg gagal
Merry Christmas

Sedara, Saudara, Sepupu, Sepusat, Sepusing :::
For the last few days, when i went to visit ezjazz's blogsite, his tagboard was packed with 'cerita' sedara sana, sedara sini, sepupu sana, sepupu sini, dua pupu sana, dua pupu sini.
Apakan tidak, macam guatahu eDiary pada 9hb Oktober 2002, yang perkatakan bahawa dunia ni semakin kecik.....
1) Gua sedara dengan Ezjazz, isteri dia sepupu dgn mak gua. Dah sedara tu.
2) theMeek aka Aidil duapupu dengan gua, tapi tak rapat sebab gua cuma rapat dengan sedara sebelah pihak bapak dia, pakcik Husin dan pakcik Wahid famili. Kalau tak silap dia cuma datang kunjung hari raya kat rumah gua 7 tahun dulu dan hanya sekali di Jurong West, lama cerita tu..... Tapikan kita sedara jugak.
3) 18 tahun dulu, gua berjiran dgn Cikgu Haji aka Cikgu Hadi. Anak dia, si Shadiq, membesar depan mata gua.... sekarang si Sadiq punya matair... Nurul, sekawan dgn Aidil dan eKawan dgn Ezjazz. Semua kenal satu sama lain, Sedara lagi. Kami tetap kekal berjiran walaupun satu di Barat dan satu lagi di Utara.....
4) Fauzana, eKawan gua, anak murid si Cikgu Haji yg mengajar di YTSS. kenal lagi, sedara se-Islam.
Sedara punya sedara boleh terkena sepupu sendiri, semuanya sepusat sepusing, kat situ, situ jugak. Walau bagaimana pun, Kita tahu, Kita semua orang Melayu, Jawa, Bugis, Boyan, Majapahit, Melaka, India Muslim, Pakistani Muslim, Morocco Muslim, Cina Muslim, semua nya sedara, saudara, sepupu, sepusat, sepusing,.........

Monday, November 18, 2002
Jangan gelojoh di bulan puasa :::
Hari ini adalah hari yg ke 13 kita berpuasa
Hari ini adalah hari pertama di bulan puasa gua bekerja di 'shift' petang dari 10.30 pagi ke 8 malam
Hari ini adalah hari pertama di bulan puasa gua berbuka di luar rumah
Hari ini adalah hari pertama di bulan puasa gua kena ketawa terbahak-bahak oleh ahli keluarga gua
Apa kan tidaknya, kerana gelojoh di bulan puasa......
Setibanya di rumah pada jam 8.45 malam, sebahagian makanan yang terhidang di atas meja nampak menyelerakan....
Gua nampak lebihan rojak 'india' yg terhidang di atas meja.... kerana gelojoh dan belum sempat menyalin pakaian lagi, gua terus ambil sepotong kentang lalu mencecahkannya di kuah dan terus masuk ke dalam mulut. Gua dapati bahawa kuah rojak itu TERLALU masin, dan TERLALU pedas.
Sehingga gua terpaksa keluarkan segala apa yang ada di mulut. Rupa-rupanya, bukan kuah rojak yang gua cecahkan, ia adalah 'sambal asam' yang begitu masin.... Makcik gua, mak gua, semua anak saudara gua, .... ketawa kan gua terbahak-bahak... Gua dengan muka yang malu, terus masuk ke bilik lalu ke blog merakamkan adengan yang melucukan ini.
Selamat mereka semua kaum kerabat gua, kalau tidak sesiapa yg ketawakan gua, gua pasti rembat.....
SLOGAN KATA:
Guatahu, Gua Orang Melayu. Luorang jangan ketawa. Kalau Guatahu, Gua rembat.

Saturday, November 16, 2002
Kecoh tapi tak bersuara :::
Semalam hari yang paling kecoh sekali tempat kerja gua.
Pada mulanya, seorang 'customer' sedang 'browsing' kat 'internet' yg telah disediakan di dalam kawasan tempat kerja gua. Seperti biasa, kami di pejabat biarkan si pelanggan bermain dengan percuma masuk ke dalam lelaman 'internet'.
Tetapi, secara tiba-tiba..... terdengar suara nyaring seperti memekik, semua gua punya kawan pejabat paling ke arah suara tersebut.... suara itu datang dari 'customer' tersebut.
Apa yg terjadi, 'customer' itu (wak dol gua panggil dia) sedang berbual di talipon. Wak Dol punya suara begitu nyaring hingga menjadi perhatian semua orang.
Gua punya 'operation manager' (seorg perempuan) gementar untuk 'approach' wak dol itu. Dia suruh gua handle. Dengan cara dia berbual, rupa-rupanya wak dol tu, bisu org nya.
Gua dekat dengan dia, lalu menulis di kertas bertanyakan samada dia perlu bantuan.... Dia membalas balik tak perlu, gua pun suruh dia rendahkan suaranya kerana mengganggu ketenteraman pelanggan lain. Dia bersetujuh. Walau bagaimana pun, selang beberapa minit kemudian, dia memekik lagi... Gua pun tak tunggu lama, gua terus lempang dia.... Gua rembat dia sampai mulutnya berdarah (acah aje, 'customer' nak kena jaga).
Gua tanya dengan siapa dia berbual. Dia menjawab dengan si Jaslyn Sim, salah seorang rakan kerja gua yg berpusat di Tanjong Pagar... Tapi gua terperasan bahawa talipon tersebut tidak 'connected' langsung... Ini bermakna, wak dol tidak berbual dengan siapa pun...
Gua tanya lagi, dengan siapa dia berbual... kalau benar dia berbual dengan Jaslyn... Kenapa talipon tu tak 'ON'??? Dia terdiam sekejap (bisulah katakan). Lalu dia menulis mengatakan bahawa talipon di pejabat gua rosak dan suruh gua jauh darinya dan buat kerja gua.
Gua cakap, 'Wah eh wah eh wah.... dah kasi pakai computer dan talipon.. wak dol ni nak lawan taukeh pulak... Nanti aku lempangkan, baru tahu..'
'Opn. Mgr' gua tak tahu apa nak buat... Gua terus menalipon Jaslyn yg berada di Tanjong Pagar dan memberitahu beliau bahawa 'customer'nya membuat kecoh di tempat gua. Jaslyn mengatakan bahawa wak dol tak ada buat sebarang temujanji dan selalu membuat kecoh di sana-sini. Ketika gua sedang berbual dengan Jaslyn, wak dol macam rasa bersalah, lalu meninggalkan tempat itu. Jaslyn memberitahu gua bahawa dia akan 'sms' wak dol supaya jangan membuat kecoh di tempat orang...
Dari kesimpulan cerita ini,
Guatahu, siapa yg buat kecoh tempat kerja gua, tak kira dia bisu ke tidak, kalau gua nak rembat, gua rembat.... Kerana ini bulan puasa, kita kasi 'chance' sama wak dol.

Friday, November 15, 2002
Pemergian seorang lagi saudaraku di bulan puasa :::
Hari ini, gua terima berita kemalangan jalanraya yang melibatkan adik kepada abang ipar gua.
Dia menerima panggilan dari Illahi di persimpangan jalan dekat 'Tang Dynasty' ketika menunggang motosikal.
Baru seminggu lalu, anak saudara gua, sekarang pulak adik ipar kakak gua.....
Bagi mereka yang menunggang motosikal, berhati-hati di jalanraya.
Ingatlah orang yang tersayang... sayanglah diri anda....
Ya Allah, berkatkanlah hidup kami dan lindungilah kami dari segala malapetaka... AMIN.
Semoga Allah mencucuri RAHMAT ke atas rohnya. AMIN.
*****************************
Guatahu,
Hampir seminggu gua tak masuk 'blog'.
Sibuk dengan urusan 'perniagaan' kecil-kecilan.....
di 'Selera Ramadhan'......
Kunjungilah gerai kami di Jurong West Ave 1
Bersebelahan Balai Rakyat Jurong Green.
Gerai kami menjual daging 'dendeng' dan juga 'ayam panggang bermadu'
Alhamdullilah - senantiasa kehabisan setiap hari.
Kami jugak menjual di bazaar berhampiran 'Causeway Point' di Woodlands....

Saturday, November 09, 2002
Pemergian anak saudaraku di bulan puasa :::
Dua hari lepas, gua terima panggilan talipon dari rumah ketika gua berada di pejabat, mak gua kasi tahu bahawa anak lelaki sepupu gua menemui kemalangan jalanraya di persimpangan lampu trafik di Tanah Merah. Dia meninggal di tempat kejadian.
Gua tak sangka bahawa kejadian kemalangan di atasnya begitu cepat kerana dua minggu yang lalu, dia telah dimasukkan ke hospital kerana kemalangan jalanraya jugak. Tetapi kali ini, masanya telah tiba.
Semalam, kami sekeluarga pergi mengunjungi keluarga si arwah. Beritanya disiarkan di khabar cina.
Bila kami sampai di sana, jenazah belum lagi tiba dan masih berada di General Hospital. Mayatnya dibedah siasat dan jenazahnya ialah yang keempat yang akan diuruskan. Sementara menunggu, gua dengan abang ipar dan anak saudara gua serta saudara yang lain pergi mengerjakan solat Jumaat di Masjid Darul Makmur. Sedang gua mendengar khutbah, gua terima message dari kakak gua, dia kasi tahu bahawa jenazah telah sampai di rumah.
Selepas sembahyang, gua bergegas untuk urusan jenazah. Gua turut membantu memandikan dan mengkapankan mayat. Pengalaman pertama gua menguruskan, memandikan mayat (apa yang gua alami adalah suatu rahsia yang tak perlu diketahui)
Adakah benar ahli kubur seorang muslim tidak akan disiksa pada setiap hari Jumaat?
Adakah benar ahli kubur seorang muslim mendapat keselesaan dan dilapangkan kuburnya pada bulan Ramadhan?
dan
Adakah benar bila jenazah itu di sembahyang oleh lebih dari 40 jemaah, terlepasnya dia dari azab kubur sehingga hari kiamat?
Allah Yang Maha Mengetahui
Allah Yang Maha Penyanyang
Allah Maha Besar
Yang paling menyedihkan sanubari hati ini, beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak (dua lelaki dan dua perempuan). Yang sulung berumur 9 tahun. Pemergian beliau ketika berumur 27 tahun. ** Guatahu, berita dia juga disiarkan di Berita Harian hari ini, muka surat pertama.
Ya Allah, kami bermohon,
di atas keberkatan di bulan Ramadhan
yang barakah ini.......
Kurniakanlan kemuliaanMU
keatas arwahnya, Amir Abdullah bin Jamel
dengan sebaik-baik kemuliaan.
Ya Allah,
Lapangkanlah kuburnya dan
Jauhkanlah dari segala siksaan sehingga ke hari Kiamat.
Ya Allah, dengan berkat kebesaranMu
dan juga RasulMu, kurniakanlah permintaan hambaMu ini.
Ya Allah, kami mohon kepadaMu, Ya Allah.
Ampunilah dosa kami dan juga dosa
IBUBAPA kami dan lindungilah kami dari segala malapetaka
dan berikanlah kami kesenangan di dunia dan juga di akhirat.
AMIN YA RABBIL A'LAMIN..........
WA ALHAMDULLILLAHI RABBIL A'LAMIN.......

Tuesday, November 05, 2002
Bulan Ramadhan Menjelang Tiba :::
Hari ini gua dapat banyak sms dari kakak gua ke anak saudara, dari sahabat handai gua ke kawan lama....
Gua rasa pilu mendengar rapatan coretan saudaraku....
or you can visit him at Ez Jazz Blogspot.
Tuesday, November 5, 2002:::
Tears On My Pillow-Pain In My Heart
I had a talk with myself today,
Just to see what I had to say.
I said I'm tired, I'm sick and I'm weak,
In gentle murmur.. too painful too speak
My thoughts came out in a silent hush,
Throughout my mind my words did rush.
Along with the most silent cry,
That tries to hide the urge to die.
I spoke of a silence no longer there,
And how it seems like no one cares.
A lingering thought filled my head,
Of the lingering pain I did dread.
And in pain I spoke of a vital hope,
As if I had no way to cope.
A lost tomorrow in all my dreams,
I said it loud...enough to scream..
I had a talk with myself today,
But no one heard what I had to say.
And give my comment to him as follow :-
I have read your poem today,
And I saw what u have to say.
U are tired, U are sick and weak
And all your whole hearted speak.
Ur tot came out in a silent hush,
Make my heart beat moving fast.
After I've read and feeling to cry,
Worry about you going to die.
Im not here but always there,
Dun worry coz I always care.
Dun lingering your tot in your head,
Coz I won't know what you want to say.
You hef spoke and try to cope,
Let us pray to GOD about your hope.
You won't know about tomorrow,
But dun let make today be a sorrow.
I have read your poem today,
And make sure you heard what I say....
continue of my own version :
Apabila lepas membaca puisimu,
Tersentak sekejap sanubariku,
Benarkah kita membiarkan hatimu membeku,
Sehingga tiada rasa apa yang berlaku.
Kita di sini mendengar selalu,
Coretan tuan yg ditulis di eBuku.
Luahkanlah perasaan dirimu,
Supaya kita dapat hadir membantu.
Kita sudah berpuluh tahun bersaudara,
Makan minum selalu bersama,
Kalau tuan perlukan saya,
Tak perlu esok, hari ini jugak hamba ke sana.
Dedikasi khas untuk Ez Jazz;
dari GUATAHU aka Intel aka JFK aka Mamat.
Guatahu, Gua mahu tolong Lu.
Taxi pls to hospital... anytime (ON ME)
Ya Allah, di dalam bulan yang penuh barakah ini, kami mohon kepadaMU, Ya Allah. Lindungilah kami dari segala yang boleh menghalang ibadat puasa kami. Ya Allah, berikanlah kekuatan rohani dan jasmani supaya dapat menjalani ibadat puasa, AMIN YA RABBIL ALAMIN. SELAMAT BERPUASA SAUDARA ISLAM KU......