Friday, August 08, 2003
Khas untuk si kecil - Syed Mustaqim bin Syed Mustafa Kamal, Al Fateha :::
Bismillahirrahmanirrahim, Al Fateha....
Pada hari ini, tanggal 08.08.2003, Hari Jumaat adalah hari yang penuh keheningan bagi kami. Kami kehilangan seorang sahabat yang bernama Syed Mustaqim atau lebih dikenali sebagai Q.
Beliau adalah sahabat kami yang hanya berusia 6 tahun. Tetapi beliau telah terlebih dahulu meninggalkan kami untuk bertemu ke Rahmatullah.
Semasa Almarhum masih hidup, beliau telah berjuang dan melintasi berbagai rintangan dan dugaan. Beliau begitu tabah menghadapi segala cabaran yang amat sangat.
Gua terima panggilan talipon dari EZ Jazz dan Idris yang ingin menyampaikan berita Q pada pukul 6.50 pagi. Dan mereka menyuruh gua BulkSMS kepada semua sahabat-sahabat kami. Ramai dikalangan kami yang pergi menziarahinya.
Kehilangan Q begitu menyayat hati. Kami semua, Uncle EZ Jazz, Auntie Mary, Guatahu, Robin Goodfellow, Mandom, Sam Thasim, Idris, Zam, Vialli, Herman, Riduwan, Aini, Ulka, Gino, Sidi, Andi, Hisham, Uncle Zul, Uncle Jaffar, Cikgu Hadi, Auntie Su, Yazif, Alfa, Rosli... yang telah berada samada ketika Almarhum sedang dimandikan, dikapankan, disembahyangkan atau dikebumikan.
Kami bertafakur dan berdoa semoga pemergian Q, dirahmati, diberkati oleh Allah swt. AMIN, AMIN, Ya Rabbi A'lamin.
Untuk Kamal, ayah Almarhum, bersabarlah, tabahkanlah hati mu wahai sahabat. Allah lebih menyanyanginya. Kami senantiasa berada disisimu dan yang akan selalu memberi sokongan moral. Kami semua ingin mengucapkan takziah atas pemergian Q.
Dan akhir sekali, kami membacakan Al Fateha khusus untuknya, Syed Mustaqim bin Syed Mustafa Kamal.