<$BlogRSDURL$>

Thursday, January 30, 2003

Kawan sejati, di seberang jalan :::
(the malay version)

Kau di sana, Aku di sini,
Berjalan haluan sendiri.
Siang dan malam, kita berjalan,
Bolehkah kita jumpa, dipersimpangan?

Haluan berliku,
Berdarah, siapa yang tahu.
Itulah perjalananku,
Bagaimana pula kamu?
Diperjalanan berliku,
Bolehkah kau menuju?

Adakah kita boleh berjaya,
Meneruskan dengan daya.
Tabahkanlah hatimu itu,
Teruskanlah perjalananmu.
Supaya kita dapat bertemu,
Di suatu tempat dan waktu.

Bila berjumpa, bersalamlah kita,
Menandakan kita bersyukur.
Walaupun itu suatu impian,
Jadikanlah ia kenyataan.
Teruskanlah, Perjalananmu,
Melangkah satu demi satu.

Kau di sana, Aku di sini,
Berjalan haluan sendiri.
Jalanlah kita menuju kehadapan,
Kerana di sana, tempat kita berdakapan.
Janganlah risau, segala halangan,
Kerana kita boleh mengatasi rintangan....

Teruskanlah hari demi hari,
Untuk kita bertemu, hati ke hati,
Menunjukkan yang kita,
Kawan Sejati........

**************************************
yang original, kunjungilah di
http://ezjazz.blogspot.com :
Friendship - The Crossroad

Wednesday, January 29, 2003

Penjelasan :::

Penjelasan. Penerangan.
(sama maknanya)

ramai di antara kita memang perlukan penjelasan.
kerana kata dasarnya saja, sudah begitu JELAS!

penjelasan itu perlu. kerana ia akan memberi peluang untuk seseorang menerangkan apa yang kurang terang supaya ianya menjadi terang-benderang. kekata ini selalu digunakan oleh salah seorang legenda kebun yang hidup tidak kurang dari 300 tahun dahulu.

di mana terdapatnya penjelasan :

Di Mahkamah. Di Seminar. Di Balai Polis. Sebagai Saksi.
Dan tidak kurang juga, di blogsite. kenapa pulak di blogsite? Kerana apabila luorang singgah di blogsite yang tidak selalu ber'update', si penulis blogsite tersebut akan memberikan penjelasan yang kadang-kala tidak perlu diperjelaskan... kenapa blog itu tidak ber'update', perlukah diperjelaskan?

Penjelasan jugak memberikan rasa puas, sebagai contoh. Puas aku terangkan pada dia, kalau tidak, mungkin dia tak akan buat perkara itu lagi. (di sini, kita dapat lihat bahawa apabila seseorang itu memberi penjelasan, dia semacam melunaskan hutang dan tidak perlu menjawab soalan yang kurang jelas sebab penjelasan telah diterangkan)

Dengan itu, gua harap penjelasan di atas cukup memberikan penerangan yang ringkas tentang apa yang kurang
jelas supaya kita semua mendapat penerangan yang lebih jelas.

Yang Jelas.
Guatahu.

Saturday, January 25, 2003

Kubus atau Kekota Kayu :::

Tahukah anda apa itu kubus atau dipanggil kekota kayu??

Kalau tak tahu tanya, biar pandai, jangan pandai-pandai.

Sejak kecil lagi, gua suka dgn kayu. Gua dapat gred A1 dalam salah satu mata pelajaran 'O' level in Woodwork (technical). Mata pelajaran itu juga yg membuat gua dapat masuk ke politeknik pada tahun 1988 dengan aggregat 14 mata untuk lima mata pelajaran.

Dengan kemahiran pertukangan kayu, gua diterima oleh sebuah syarikat Interior Design sebagai Asst. Supervisor. Dan selama bekerja di sana, gua menimpa pelbagai pengalaman sehingga terbang ke negari Pakistan, Karachi pada tahun 1993. Kalau luorang nak tahu, bila tiba di lapangan terbang antarabangsa Karachi nanti, kedai Duty Free (Arrival & Departure) itu diperbuat oleh pekerja Singapura. Semua pertukangan kayunya disiapkan di Singapura di Sungei Kadut oleh PICO Design.

Bukan itu saja, kalau luorang kesempatan jugak pabila singgah di Raffles Marina, Tuas. Interior Design itu dijaga dan disupervisorkan oleh gua selama 11/2 tahun projek itu berjalan sehingga selesai. Gua bangga dengan kebolehan gua. Dan banyak lagi, projek-projek yg telah gua kendalikan seperti Le Meridien Hotel - Orchard, Mandarin Hotel, Singapore Showcase, International Showcase dan sebagainya.

Selepas lebih 14 tahun kemudian, kawan gua, lza, telah memberi sebuah hadiah untuk gua, semalam... sebentuk kubus atau kekota kayu jati. (Teak Cubic). Sebuah permainan kekotak yg diasilkan dengan begitu rapi... Luorang kena putar dia di atas, ke bawah, sengetkan dia ke kanan, balikkan dia ke kiri, bengkukkan dia ke depan, jangan luruskan secara paksa... sebab nanti dia akan patah. semalam gua try tapi tak berjaya... akhirnya selepas gua balik dari kerja tadi, gua putar lagi dan terus mencuba sehinggalah berjaya. Anak sedara gua pun suka dengan permainan itu, dia pun cuba tapi lebih lekas dari gua, tak sampai setengah jam dia telah selesaikan masalah itu...... Jadilah sebuah kotak kayu yang dipanggil kubus (cube).

Terimakasih Liza atas pemberianmu itu. (I like it very much).

Wednesday, January 22, 2003

Kalau..... :::

Penuh harapan, perkara yg akan datang, walaupun tiada kepastian, cuma kalau sahaja, timbul perkara yg kurang kepastian.....

Kalau Guatahu.....
macam-macam boleh berlaku....

Itulah luorang....
Kalau tidak, kan! kitaorang dah....

Kalau itulah kata putus....
Kita ikut aje....

Kata 'kalau' jadi....
Apa nak buat, kan! dah tak jadi....

Kalau boleh tolong jangan ganggu saya....

Kalau inilah yg kita cari....

Kalau nak tahu....

Kalau gitu....
sampai di sini sajalah perbincangan kita....
kalau boleh, jangan sambung lagi....

Sunday, January 19, 2003

Sakit & Kerja :::
(cerita panjang - keluhan hati)

Guatahu apa makna definasi sakit dan jugak kerja? Dengan harapan, luorang pun tahu dan faham ertinya.

tiga-empat hari yg lalu (bah kata pepatah), gua singgah ke blog-blog seperti blog raimie, samthasim, zedeye dan yang lain. gua tengok ramai yang jatuh sakit. demam, selsema, batuk dan sebagainya. itulah musim. luorang masih ingat apa yang gua ceritakan di blog gua sebelum ini tentang berita semusim.

sedutan :
'the common news, most of them kena serang demam dan flu. (7 of them) 4 r my close friends, 2 of my office colleagues and 1 my family member. (semoga cepat recovery, AMIN).'

bukan saja gua ceritakan, malah gua singgah ke blog mereka dan memberitahu bhw itu adalah musim org dpt sakit dan gua pun hampir kena.

Tetapi, tidak disangkakan. wabak tersebut datang menyerangi gua.

Hari Jumaat (Selpas pulang dari kerja)
suhu badan gua semakin panas, rasanya tidak terhingga.....
guatahu, besok gua tak perlu kerja. (tapi sebelum gua diserang sakit gua dah berjanji esok dgn beberapa 'colleagues' gua utk mengambil beberapa documents mustahak.)

Hari Sabtu (Offday)
kerana janji, gua terpaksa memperkuatkan diri, pada jam 11.30pagi gua melangkah keluar ke prinsep street to director office for account approval lalu ke bras basah - plaza by the park to collect the cheque, kepala rasa bengal. gua terpaksa teruskan ke satu lagi destinasi sebelum pulang ke rumah untuk berehat, iaitu ke Suntec City untuk mengambil documents yg diperlukan untuk keesokan harinya). Keadaan tidak mengizinkan dan gua semakin lemah, tidak membuang masa selepas gua keluar dari Suntec, gua terus menaiki taxi dan pulang ke rumah.

- setibanya di rumah, jam yg terpapar di dinding menunjukkan pukul 1.20ptg, gua mengadu kesakitan kepada emak gua dan minta 2 biji panadol. (krn kasih dan sayang), dia menyuruh gua cuba makan pil 'Nurofen' yg lebih kuat sedikit dari panadol. Sebelum itu, dia jugak suruh gua makan sesuap nasi dahulu. Gua tak ada selera, sedangkan sekeping epok-epok pun tak habis. Kemudian gua makan pil tersebut dan terus tidur.

- Asar lepas, Maghrib pun lepas, gua pun bangun dalam keadaan berpeluh-peluh satu tubuh pada pukul 10.30 malam. Tetapi, suhu badan terasa kurang sedikit dan tidak terlalu panas. tetapi rupa-rupanya, gua 'allergy' dgn ubat itu, mata gua rasanya macam berat sedikit. pendekkan cerita. mata gua bengkak. macam 'rocky' kena tumbuk di round 10 dan KO round 12.

- bukan itu saja, gua keluar jumpa member pada pukul 12mlm nak tunjukkan yg gua ni sakit dan minta simpati. ramai yg suruh gua ambil MC. (tapi gua tak boleh ambil MC sebab dua perkara, pertama, janji gua dengan 'customers' dan kedua, krn besoknya adalah hari Minggu, tidak ada siapa yg ingin mengambil tempat gua, apa nak buat bukan hari gua). Tapi ingat, esok masih ada. Buat pesanan, kalau luorang kena kerja pada hari yg sepatutnya luorang 'off', kerja dgn ikhlas. luorang nak tak kalau ambil tempat gua bekerja?

Hari Minggu
Datang kerja seperti biasa tepat pada pukul 8.30pagi, keadaan suhu baik tetapi yg buruknya 'mata'. gua terpaksa pakai sunglasses. terpaksa berjumpa dgn 'customer' menerangkan keadaan gua yg sebenarnya dan meminta maaf jika terdapat kurang senang dgn layanan gua semasa itu. (Sorry, any inconvenient is much regretted.)

- kerja punya kerja, satu demi satu, semua orang dah balik. tinggal gua sorang kat office. harapan gua, semoga gua dapat selesaikan kerja yg akan datang hingga ke hari Selasa. Apakan daya, gua dah tak larat. diam tak diam, gua telah melewati jam 10.30 malam (sepatutnya jam 5ptg).... genap 12 jam bekerja. PENAT. (FULLSTOP..................)

- kemas apa yg patut. kirimkan email kpd org yg tertentu memberitahu bhw gua akan ke klinik untuk periksa kesihatan gua. kalau gua MC besok, gua kasi tahu diaorang.

Salam Sejahtera.
Doa Luorang amat diperlukan untuk kesejahteraan dan kesihatan gua.
Terimakasih terlebih dahulu gua ucapkan.

Guatahu.
todate. 12.51am.
keadaan mata dah kurang.
but still wanna go to klinik for check up. and ask for MC to rest.

Thursday, January 16, 2003

wat a day (mix language - campur aduk):::
reminder : jgn follow the writing style.....

semalam adalah hari perhubungan gua - 'communication day' for me at least. apa tu?

from yesterday morning, gua banyak terima SMS dari berjumpa dgn gua punya members. almost 21 different ppl communicating with me. the best thing, all lain org lain ceritanya, samada call me atau kebanyakannya SMS. Lucky, gua dah pakai nokia communicator 9210i. some even in my recording file.

apa yg paling menarik tentang ur 'communication day', huh?

the common news, most of them kena serang demam dan flu. (7 of them) 4 r my close friend, 2 of my office colleagues and 1 my family member. (semoga cepat recovery, AMIN).

1) SMS from riduwan at 1.30am abt appt to court. responsed at 7.25am.
2) then called from jas abt arrgmt, waktu pagi for jam 8.15am.
3) receive SMS from thasim that he receive my email abt job vacancy. msg show 'TQ'.
4) SMS from office to collect Oracle University's book at Suntec City.
5) received SMS at abt 9.35am from fadzli, 'where r u guys?'...ans. we at courtroom...
6) proceed to Golden Landmark Shopping Ctr. then to Suntec City and hef pizza at pizzahut of wisma, orchard rd. buy my 15th tie at isrida. receive SMS from office, ask for favor to collect MOC kit at WL.
7) call from advertising company abt tioman holiday adventure. reply, sorry Im busy then hang up.
8) receive call from ulka for advising to buy sony 3-in-1 VideoCam likewise PC102e model. busy in the office. continue with SMS.... will advise tomolo means today.
9) call from home, my mum.... telling tat my cousin from german datang for visiting wih her 2 sons. I told my mum tat gua balik lambat at abt 11.30pm. cudn't meet them. Insya Allah next Sunday bila kenduri... coz my uncle n auntie nak pegi haji.
10) call from fazli diver asking abt bersembang at 7-11. plan abort coz banyak yg sakit.
11) SMS from siti, luvly SMS.... dun want to tell you. her birthday on 28 Jan.
12) SMS from my office colleague, appt to be cancelled by customer tomolo, save my day.
13) SMS from sam n wan, they still not feeling well.
14) SMS from liza, her PC corrupted n need help. not much to advise, ask her to call HP krn dia punya PC masih ada guarantee.
15) SMS from fadzli, can't make it for today rendezvour coz shagged...
16) SMS from herman, my close friend n financial adviser, how my day? ans. fine but busy.
17) SMS from my sister, asking whether Im free tis weekend, she need help for her son school work. sorry, i hef to work tis Sunday but Saturday is my off day.
18) SMS from my cousin, Midah, from Kent - outskirt of London. inviting me to her house for kenduri at jurong west... her sister n her are in Singapore till their parents depart to Mecca.
reply, thanks n sorry tat i can't meet them till tis Sunday.
19) SMS from norliza, g'nyte 2 u, zzzzz.... apa aje? anyway gua reply gdnite n sleep tight.
20) SMS from rasid my colleague from woodlands, meeting cancel. gua reply ... dah tahu dah!
21) Im sending a SMS to abt 42 recipients by using nokia communicator.
bulkmail. Im out station to shanghai from 20th to 28th Jan. email me if anything. thanks JFK.

All of the above, are still in my record of my new HP - nokia communicator 9210i.
record shown :
In Use 12MB in device memory. Free 3.7MB.
512 msg out and 212 msg received in total for tis month. 188 more to be used before exceeding free SMS.
today SMS record showed at (79 out and 52 in). sound recorded 12 conversation.

SORRY GUYS, guatahu - gua sibuk, but try to accommodate all ur needs..... INSYA ALLAH.
I LUV MY FAMILY, MY FRIENDS N THEY ARE ALL CLOSE TO ME.
Luorang pun, very close to me.... coz baca sampai habis...... till here.

need to go to sleep for tomolo, another 'wat a day'.....

Wednesday, January 15, 2003

mungkin :::

Guatahu, luorang pasti pernah dengar kata-kata ini. Dan tak mungkin, ia tidak akan berlaku kepada diri luorang jugak.

1. Mungkin gua lambat sikit, tunggu aje. Gua gegrenti datang punya.
(walau bagaimana pun 'that guy' datang lambat. bila ditanya, dia jawab.....)
'Gua datang ape......'
- anyway, better late than never.

2. Mungkin kita kena jalan terus lah.... kalau kita belok kiri, blok dia dah lari.....
(si pemandu pun teruskan perjalanan, kemudian tu - satu kereta sesat jalan)
ada suara yg berkata, 'Gua dah cakap tadi dengan luorang supaya belok kiri. tak nak dengar cakap orang... sekarang apa dah jadi? kan kita dah sesat.'
- apa nak buat dah terlajak jalan.

3. Mungkin hari ni kita pegi main bola kat 'basketball court'. Lu nak datang tak?
(member pun turun dengan kasut 'street soccer', yg lain...satu lobang hidung pun tak timbul.)
cara minta maaf. 'Sori lah, brader. Kita org pegi 'Queensway' lah, sampai terlupa nak turun'
- at least, lain kali. SMS lah..... boleh member ikut sama pegi 'Queensway'.

4. Mungkin mak gua tak ada kat rumah. Amacam, luorang nak datang tak, rumah gua?
(bukan mak dia aje yg ada kat rumah. bapak, kakak, abg ipar dan anak sedara... semuanya ada kat rumah) ...Alamak, gua ingat semua jadi pegi Johor, tak jadilah gua punya 'programs'.

5. Mungkin kalau kita jadi pegi sana, kitaorang talipon lu atau SMS, boleh?.
(Tungu punya tunggu, macam buah tak jatuh).
- sepatutnya kalau diaorang tak talipon lu, jgn lengah lagi. make your own initiatif sikit, lu pulak lah yg talipon diaorang.

Itulah beberapa 'kemungkinan' yg mengebabkan ramai di antara kita cuba mempermainkan kata-kata bila berjanji atau menerangkan perkara yg kurang pasti.

Harap jangan menggunakan perkataan itu - 'MUNGKIN'.

Gua ingat, mungkin gua tak nak lagi cerita pasal 'mungkin' , takut... mungkir janji......

Saturday, January 11, 2003

Penterjemahan 2 - Yang Terakhir.
(Kesan Buruk dan Baik) :::

Kita akan dapati beberapa kesan yg mungkin akan menimbulkan prasangka, kemungkinan dan juga ketidakstabilan dalam memahami sesuatu kontek yg ingin disampaikan.

Terjemahan itu akan memberi dua kesan, iaitu yg buruk dan yg baik.

Kesan Buruk :
Berlaku apabila perkataan 'mungkin' berlaku dalam process terjemahan, sebagai contoh...

'Perkataan yg digunakan dalam ayat ini bermakna si penulis ingin menerangkan kegelapan atau mungkin ingin menerangkan kekacauan.'

Jika dilihat, mungkin di sini memberikan dua pandangan atau tafsiran yg berlainan,
pertama : kegelapan
kedua : kekacauan

dua perkataan yg berlainan makna, dua penerangan yg perlu dikupas tetapi yg sama di dalam perkataan itu menggambarkan satu tujuan bahawa terjemahan perlu diselesaikan dalam suatu perertian secara keseluruhannya iaitu gelap dan kacau bermakna 'timbul sesat'.

Kesan Baik :
Memberi peluang kepada si pembaca secara terbuka, memahami isi kandung penulisan itu dan memberi faktor yg jelas dan tidak perlu sangsi akan apa yg perlu dibincangkan dan tidak ada perbalahan, pergaduhan dan akan wujud suatu persetujuan dan fahaman.

TOPIK INI TERLALU BERAT.

Guatahu, gua hentikan di sini untuk tidak memberi luorang tersalah tafsir penulisan gua. Yg faham hanya gua, luorang bincangkan lain 'story' pulak.

Wednesday, January 08, 2003

Interpretation & Penterjemahan :::

sori kalau gua salah spell.

good word to use, INTERPRETATION dan dalam bahasa melayu PENTERJEMAHAN.

kerana perkataan itulah membuat manusia boleh menjadi gaduh, berlawan sesama sendiri dan tersalah anggap. kenapa?

kerana kita saling mempunyai pandangan, tafsiran, pengertian, kiasan, anggapan yang berlainan.

semua penilaian dari segi penterjemahan, bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut :

1) ILMU (100%) - menjadi faktor utama kerana kurangnya ilmu, manusia akan membabi buta menilaikan segala hal yang tidak berasas. Ini menjadi lebih bahaya kerana jikalau pandangan yang diberikan itu terpesong dari segi makna dan asal tujuan sesuatu penyampaian tadi. Orang yang berilmu berpegang dan bersandarkan dengan interlektual yang dipelajari dan bukan dari dirinya sendiri.

2) Perasaan atau Emosi (50%) - faktor ini perlu diambil berat kerana pengertian bagi orang yang lemah semangat dengan orang yang berani daya saing akan mempunyai perbezaan anggapan sehingga sesutau perkara yang mudah menjadi rumit.

3) Pengalaman (20%) - faktor ini lebih memudaratkan daripada menolong menjelaskan sesuatu perkara. Apakan tidak, semua tafsirannya berdasarkan pengalamannya. Perkara seperti ini selalu berlaku dan ketetapannya 90 peratus menyeleweng daripada perkara yang nyata.

dan akhir sekali

4) Tekaan (0%) - faktor tafsiran yang tidak harus sama sekali digunakan kerana ianya hanya suatu cubaan, tekaan dan kurang pasti akan apa yang diperkatakan. Ianya sering berlaku apabila orang yang memberi tafsiran itu ingin mempercepatkan process perbincangan, kelam-kabut membuat andaian, tidak perlu berfikir panjang dan mengharap-harapkan kebetulan sahaja.

Secara keseluruhan, INTERPRETATION atau PENTERJEMAHAN, haruslah digunakan secara kebijaksanaan dan berilmu.

Sekian Wassalam,
Guatahu.

Saturday, January 04, 2003

terlalu sibuk ditempat kerja :::

gua terpaksa mengaku bhw gua adalah salah seorang yg terlalu sibuk ditempat kerja.

apa tidaknya, makan tghari terpaksa dipendekkan, waktu kerja terpaksa dipanjangkan, bila 'offday' masih ada yg mengganggu, semua mesti dilakukan tepat pada waktu.

**kenapa semua ini boleh berlaku?
disebabkan tiada org yg melakukan pekerjaan tersebut selama lebih dari setahun mungkin 3 tahun.

**tidakkah ada perancangan?
perancangan baru sahaja dilakarkan, ia memerlukan masa utk dikemaskinikan.

**tidakkah ada org yg boleh membantu?
tiada yg ingin membantu krn ia cuma memberatkan lagi tanggungan org yg membantu itu.

**boleh ia diselesaikan?
hanya Allah sahaja yg tahu. krn yg pasti, perkara ini berlanjutan.

Akhirkata, gua perlu cekalkan hati, buat dulu apa yg high priority, terpaksa berdikari, akan letihlah diriku ini, bekerja sepanjang hari, bukan seperti biasa 8jam lagi, tetapi berlanjutan sehingga 14jam sehari, akan berkurang update eDiary - terpaksa berkunjung 3 atau 4 hari ke sini, sedangkan besok kena pergi ke 'office', tidak kurang - malahan lebih 80 perkara sehari of 'To-Do-List', kalau tak dapat habis hari ini, boleh mampus kalau sampai besok pagi, selalu bekerja - macam gila babi, terpaksa mengorbankan diri, inilah cubaan dari Illahi, perlu gua terima seikhlas hati, semoga pengorbanan ini menjadi inspirasi untuk gua mendapat tempat apa yg selama ini gua hajati. AMIN.

Wednesday, January 01, 2003

hari yg paling senang sekali gua nak ingat :::

guatahu,
bukan gua sorang aje yg senang nak ingat hari itu.
hampir setiap org ingat hari itu.
berjuta-juta manusia di seluruh dunia ingat pada hari itu.

guatahu, luorang pun dah tahu,
apakah hari itu?
hari pertama utk tahun baru - 1hb Januari

semalam, gua tidak ketinggalan meraikan hari tersebut, walaupun secara kecil-kecilan.

hari itu adalah hari ini.
dan kalau luorang nak tahu hari ini adalah harilahir kakak along gua.
so, gua belanja dia dan anak saudara gua pegi tengok wayang kat Tampines Mall. 8 org ke semuanya. kita orang tengok cerita 'Lord Of The Ring - The Two Towers'. lepas tu, kita orang pegi pasir ris punya kedai kopi pegi makan dalam pukul 1.30 pagi (kedai buka 24hrs).

nothing much to say, selain dari
Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca.
Dengan ucapan, semoga tercapai apajua cita-cita atau harapan yg diharapkan utk tahun 2003. dan juga, semoga kita semua berada di dalam sihat-sihat selalu, AMIN.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?