<$BlogRSDURL$>

Sunday, May 11, 2003

Sedar dari Mimpi :::

huh?!
Gua bermimpi?
Baru bangun dan menyedari?
Sehingga tak sempat 'update' eDiari?
Melebihi dari sepuluh hari?

Sebenarnya bukan itu yang terjadi,
Mimpi itu hanyalah karangan sendiri,
Apa yang berlaku beberapa hari,
Gua terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari.
(Dari 8.30 pagi hingga 10.30 malam).

Keletihan yang ada pada diri,
Balik kerja terus pergi mandi,
Lalu membuangkan diri,
Tidur, untuk sambung bekerja keesokan hari.

Gua sampai tak sempat berjumpa dengan kawan gua lagi,
Kerana kepenatan yang gua rasa sehingga hari ini,
'Berjogging' jugak terpaksa dihindari,
SMS gua punya kawan memberitahu bhw gua tak dapat berlari.
(Mungkin berlari di lain kali)

Ramai yang bertanya,
Ke manakah gua pergi,
Selama ini,
Adakah gua masih di dalam dunia mimpi,
Yang tak menjanjikan buat masa ini,
Gua sedar sekarang, apa itu mimpi,
Walaupun ianya mempunyai kekuatan tersendiri,
Memberikan peluang kepada mereka tersenyum di hati,
Memiliki apa yang hendak dirasai.

Sehingga gua terjumpa Moshee di Tanjong Pagar MRT,
Dia jugak bertanya ke manakah gua hendak pergi,
(Balik kerjakah atau mahu pergi....)
Tak sempat berbual panjang, gua tergesa-gesa meninggalkan diri,
Untuk tidak terlambat pergi ke Informatics,
Kerana ada janji.....

Gua harap untuk masa ini,
Semua pembaca gua punya eDiari,
Jangan bosan melawati,
Lelaman ini.....
Kerana seminggu lagi,
Gua ada cerita menarik,
Untuk luorang, peminat sejati....
Cerita tentang 'Masuk Bakul Angkat Sendiri'.

Sampai berjumpa lagi,
daripada Guatahu aka Jufri.

Thursday, May 01, 2003

Hanya Mimpi :::

Alamak! Gerek seh....
Gua dapat 3 peluang memilih apa saja yang gua inginkan selama ini.

Di antara yang gua inginkan adalah :
1) Gua menjadi orang yang paling kaya dengan mempunyai duit yang banyak. Tafsiran harta-benda yang gua miliki dan duit melebihi US$800 billion.
2) Gua senantiasa menjadi muda dengan umur tetap 25 tahun.
3) Kesihatan gua terjaga dan selalu dijauhi dari sebarang & segala-gala penyakit.

Kesemua permintaan gua ini dapat gua rasai.....

Duit yang ada gua telah peruntukan :
1) Sebuah kawasan yang begitu luas. Dibina di dalamnya 4 buah villa, terdapat jugak 2 padang bola, 2 kolam renang setaraf kolam renang olimpik dan sebuah kolam renang bagi kanak-kanak, kawasan tempat bermain bowling untuk 24 lanes, tempat beriadah atau lebih dikenali 'amusement park' dengan berbagai permainan termasuk roller-coaster, salah satu villa terletak dekat dengan tepi laut, di mana sebuah kapal persisiran yang boleh menampung seramai 500 penumpang.

Di dalam kapal itu terdapat mini-swimming pool, 12 buah pool-table, 6 buah snooker-table, 5 buah bilik cafe dengan dilengkapi tempat berkaraoke, tempat berdansa, 200 bilik tidur yang serba lengkap dengan bilik mandi, di dalam kapal itu jugak terdapat 3 buah bilik solat dan bagi orang yang suka memancing.... mereka bolehlah pergi ke suatu sudut khas dengan kerusi, meja dan peralatan untuk memancing jugak disediakan.

Berbalik ke kawasan villa, terdapat 6 jenis kereta mewah di antaranya ialah sebuah Maserati, McLaren, SLK Mercedes, Ferrari, Rolls Royce dan jugak Porsche. Siap sedia pekerja iaitu 8 tukang kebun, 10 pembantu rumah di setiap villa, 12 pemandu bergilir-gilir, 20 pengawal peribadi, 3 accountant, 4 peguam handalan, 3 juruterbang bagi memandu gua punya 2 helikopter dan 6 sekretari untuk menjadi dan mengurus peribadi termasuk temujanji, membuat tempahan pelancongan, update untuk lelaman web-sendiri dan membantu segala perancangan peribadi.

Gua punya kawan di dalam senarai orang-orang VIP kelas pertama ialah :
1) Emak & Bapak gua, di mana mereka tinggal di salah sebuah villa bersama gua
2) Makcik gua yang masih tinggal bersama keluarga gua sekarang
3) Kesemua adik-beradik gua dengan famili mereka yang tinggal berhampiran dengan villa gua
4) Kesemua famili dan kerabat keluarga sebelah emak dan bapak gua
5) EZ Jazz & Mary Jazz termasuk keluarga dan tali persaudaraan mereka dan jugak kesemua kaum kerabat yang mereka pilih.
6) Kesemua kawan karib yang gua kenali
7) Kesemua bloggers yang gua kenali
8) Kesemua sahabat karib atau kawan kerja gua
9) Kesemua jiran-jiran gua yang gua kenali
10) Dan akhir sekali orang yang gua akan senaraikan mereka sebagai kenalan gua.

Kesemua yang tersenarai di atas boleh menggunakan segala apa yang ada di dalam dan kawasan di mana tersedia apapun di kelab-house.

Mereka jugak boleh menjadi ahli tetap hingga ke akhir hayat dan sebagai ahli mereka mendapat $3000 sebulan bagi mereka yang telah mencapai 21 tahun ke atas. Untuk mereka-mereka yang di bawah umur 21 tahun menerima habuan sebanyak $1000 sebulan.

Mereka jugak boleh meminta sebanyak lima kali untuk melancong ke mana saja yang mereka inginkan dalam setiap satu tahun. Mereka jugak boleh meminta sebuah banglo yang tidak melebihi dengan harga US$20 juta bagi setiap keluarga.

Bagi yang mahu berkahwin, mendapat cahayamata, atau menerima kemalangan atau jatuh sakit. Golongan ini akan diberi hadiah sebanyak US$100,000 tambahan.

INILAH KELEBIHAN MIMPI..... bersambung.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?