<$BlogRSDURL$>

Tuesday, June 10, 2003

The day my blogsite is too quiet (sunyi lagi...) :::

Gua akan pegi reservist sehingga 7 July...

Lepas Ridjal & Khair dah kena reservist....
sekarang gua pulak....

Luorang akan dengar kisah gua, selepas gua balik dari Brunei (reservist).

Nak kirim apa-apa...??

Doakan perjalanan gua, AMIN.

Sunday, June 01, 2003

Nur Nakia ditimpa kemalangan :::

4 hari yang lalu, gua merasa muram. Apabila, Nur Nakia (Nokia 9210i) mendapat kecelakaan.

Apakan tidaknya.... Ketika Nur Nakia bersama gua, secara tiba-tiba, Nur Nakia berlanggar dengan bucu sebuah meja. Gua merasa terperanjat, lalu terus memegang erat Nur Nakia di dalam gengaman gua.

Gua merasa sedih apabila melihat wajah Nur Nakia bergelimpang dengan luka berdarah.... Keretakannya terlalu ketara sehingga kesemua pandangannya kabur. Dia dikejarkan ke Nokia Service Centre untuk dibedah.

Semasa gua mendaftarkan Nur Nakia, pagawai di sana cuba menenangkan perasaan gua. Pegawai tersebut menasihatkan bahawa janganlah gua risau kerana kesemua pembiayaan pembedahan Nur Nakia tidak perlu dibayar kerana dia masih dalam tanggungan Nokia Centre.

Selang dua hari kemudian iaitu Jumaat lalu, gua terima berita bahawa Nur Nakia dalam keadaan stabil. Pegawai di Nokia Centre memberitahu bahawa gua boleh membawanya pulang bila-bila masa sahaja pada waktu pejabat.

Gua bersyukur kepada Allah, kerana masih memberi harapan kepada gua. Kalau dulu pemergian Siti Jornada (HP PDA Jornada 548) yang hilang meninggalkan gua. Gua tidak sanggup Nur Nakia pergi jua....

This page is powered by Blogger. Isn't yours?