<$BlogRSDURL$>

Thursday, January 29, 2004

Selamat Hari Raya Haji Special :::

Gua cuma nak ucapkan
Selamat Hari Raya Haji.
Selamat Hari Raya Korban.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Selamat Hari Cuti Umum.

Kepada Semua Orang - Orang Muslimin & Muslimat.

Jangan lupa saksikan rancangan hiburan kanak-kanak dan dewasa kerana ada menggambaran yang diambil di rumah gua punya sepupu.

Antara lainnya, Rahimah Rahim akan bernyanyi di dalam halaman rumahnya serta....

Ramai lagi artis-artis lain... seronok... ada penggambaran selama dua hari itu. Dapat jugak berjumpa dengan artis-artis tu ya...

Next time, ajak mereka ke rumah gua pulak lah...

Jangan lupa... saksikan dan berhiburlah...

Tuesday, January 27, 2004

aka tu aka ni aka situ aka sini :::

kenapa gua dipanggil spiderman?

nama ni telah diberikan oleh gua punya kawan yang sekarang ada kat KL. sebab dia tengok gua bawak banyak peralatan keliling pinggang.

dulu bila gua keluar, gua akan bawak bluetooth handphone, PDA, bluetooth gadget for PDA, bluetooth earpiece for the handphone, digital camera - acer then epson...

sekarang gua bawak nokia communicator 9210i....

nanti gua akan bawak XDA2... semua jadi satu... (handphone, bluetooth, pda, digital camera) so tak macam spiderman lagi... senang sikit...

siapakah gua?
visit gua punya cerita lama pada
Wednesday, October 02, 2002 bertajuk 'Nama Gua'.

aka tu aka ni aka situ aka sini aka spiderman.....

Monday, January 26, 2004

Back from KL :::

hhhhmmmm.....
ramai yang gi KL pada waktu cuti TBC (CNY).
gua pun begitu jugak...


Hari pertama :
gua sekeluarga bukan saja gi KL, kitaorang gi Cameron Highland dan duduk semalam di sana.

Hari kedua :
esoknya, turun gi Lara Iskandar Waterfall kemudian tu.. gi sembahyang Jumaat kat masjid di Tapah (kaki gunung Cameron Highland), lepas tu terus gi Times Square... tapi sedihnya... roller-coaster hari tu tak bergerak... tak tahu sebab apa... tanpa berlengah lagi... terus gi Masjid India - shopping... makan malam di Setapak rumah sedara... kemudian tu, 2pagi ke KLIA... sebab nak ambik roti prata dari Sydney.. sampai balik ke Sungei Buloh kul 6pagi...

Hari ketiga :
bangun 8.30pagi (masih mengantuk), lepas mandi gi sarapan kat rumah sedara yang ada 6 kereta dan ambik jambu air kat rumah dia... talipon Times Square tanya samada roller-coaster jalan tak hari tu... so kitaorang return balik ke times square... naik roller-coaster tapi tak sanggup nak tunggu 40mins sebelum dapat naik untuk 1minit 20saat.. yang penting gigi kita.... (SERONOK!).... singgah sebentar ke Pasar Seni (Central Market).... tunggu bas kat Saloma kul 6ptg dan balik ke Singapura

Hari keempat :
jammed kat Tuas link 2... hujan lebat...tidur...

Harap maklum :
Peraduan teka-teki guatahu - bahagian 'Merculiar' akan ditutup hujung bulan ini 31 Januari 2004. Jika tiada pemenang, guatahu, gua akan simpan duit itu untuk perbelanjaan sendiri.... dan akan memberikan keputusannya pada 1 Feb 2004 jam 11 malam atau sewaktu dengannya.

Sunday, January 18, 2004

It's a small world afterall :::

From Merculiar... all bloggers are related to me?

Guatahu...... :

Siapa itu merculiar dan merculiar punya girlfriend?
Dia adalah gua punya mak punya jiran punya anak. Dan gua adalah abang merculiar punya tutor. Abang dia punya jiran punya anak saudara sepupu dengan merculiar punya girlfriend.

Sepupu merculiar kenal benar dengan gua punya mak punya sepupu punya suami punya anak saudara yang bapaknya sejiran dengan gua punya mak. Jadi, merculiar punya girlfriend jugak adalah gua punya jiran punya anak punya sepupu.

Merculiar punya girlfriend ada kawan di blogspot dan dia punya kawan itu adalah makcik gua punya anak dan dia adalah gua punya dua pupu. Dan gua punya dua pupu itu, ada kawan blogspot jugak yang kenal dengan merculiar punya girlfriend. Dan merculiar punya girlfriend kenal dengan gua punya mak punya sepupu punya suami kerana merculiar punya girlfriend punya sepupu sejiran dengan gua punya makcik punya suami.

Gua punya makcik punya suami kenal benar dengan sepupu merculiar kerana merculiar punya sepupu kenal benar dengan anak saudara gua punya makcik punya suami yang kenal dengan merculiar punya girlfriend punya sepupu kerana anak saudara gua punya makcik punya suami kawan baik dengan merculiar punya girlfriend punya sepupu. Jadi, sepupu merculiar kenal dengan sepupu merculiar punya sepupu.

Gua punya dua pupu yang kenal dengan merculiar punya girlfriend kerana mereka adalah kawan sekolah dan kawan mereka punya kawan adalah gua punya kawan kerja.

Siapakah nama kawan kerja gua itu?
Siapa ORANG PERTAMA yang kasi tahu nama kawan kerja gua... Gua hadiahkan dia S$50 tunai.

Orang yang boleh masuk peraduan ini adalah :
Merculiar.
Merculiar punya girlfriend.
Merculiar punya sepupu.
Merculiar punya sepupu punya girlfriend.
Merculiar punya girlfriend punya sepupu.
Merculiar punya sepupu punya girlfriend punya pakcik.
Merculiar punya mak punya jiran punya kawan dia punya link yang ada kat website.
Merculiar punya girlfriend punya semua linkawan.

Pendek kata, gua rasa semua yang gua kenal boleh masuk ini peraduan.

Friday, January 16, 2004

IRC chatting with EZ dtd... :::

Dulu, kitaorang semua pakai dialer. Lembab nak mampus...
Tapi sekarang... dah broadband lah....

Anyway, ini adalah ringkasan chatting bila gua dengan ez berbual melalui IRC.

Start of ez buffer: Mon Dec 04 02:01:43 2000
Session Ident: ez (~your_emai@fi-hs35138.zapsurf.com.sg)
Juver : tak turun pavvy?
ez : tak ada orang. trying to locate u just now
Juver : i have msg u by SMS
ez : i saved all your e.mail
ez : semalam u pengsan betul....!
Juver : too tired
Juver : even SMS from Raimie...dah tak boleh dengar
ez : how 2 access melayu bogel.?
Juver : htpp://go.to/melayuboleh
Juver : that is the website of melayu bogel
Juver : ada komik melayu
Juver : but not many melayu actual
ez : ;jdfpiog7uu60g8756-84uergj9u6;klj09y6k
Juver : get it??
ez : boleh download tak?
Juver : yes
ez : i may have to log off. mata gua dah nampak macam-macam color
Juver : i will here till 4
ez : talk 2 u later . ciao
Juver : ok, bye
End of ez buffer Mon Dec 04 03:31:57 2000

Mungkin, lain kali gua akan ceritakan bagaimana kitaorang kat IRC sampai buat 'ikan masuk kelong'....

Tuesday, January 13, 2004

Haji Parman (HP) Pavillion :::

Dua hari lepas gua terima panggilan dari UJ, dia ingin meminta bantuan kerana saudaranya, Haji Parman sakit kuat. Memang sudah lama, Haji Parman menghidap sakit radang paru-paru. Kadang-kala sistemnya selalu tersangkut-sangkut.

Jadi, gua berada di rumah UJ pada waktu jam 1.30pagi. Gua cuba memeriksa apa yang dapat gua lakukan. Apabila pemeriksaan secara dasar tidak dapat gua selesaikan, gua menyuruh UJ supaya mendapatkan pakar bedah. UJ bertanyakan kos pembedahan, gua hanya memberitahunya lebih kurang $25,000 ke $50,000. Tetapi beliau boleh pergi ke pakar untuk mendapatkan nasihat sebelum menyetujui untuk menjalankan pembedahan itu, jika perlu.

Gua balik dengan keadaan hampa. Keesokan harinya, UJ dalam keadaan gelisah mengenangkan keadaan Haji Parmannya. Gua cuba mendapat insulin, WinME, tetapi gagal. UJ juga berusaha untuk mendapatkan insulin itu. Akhirnya beliau dapat dari kawan karibnya yang tinggal di Pasir Ris dan kawannya itu, Norazman, sanggup menghantarkan insulin itu ke rumah UJ. Norazman perlu merendas desa dan kota untuk menghulurkan bantuan kerana semata-mata untuk menyelamatkan Haji Parman di antara hidup atau mati.

Pada malam kedua, gua bertungkus lumus mengerjakan Haji Parman. Menggunakan insulin yang ada, memeriksa segala apa yang perlu diperiksa.... tetapi gua gagal.

Kerana gua hanyalah seorang pakar bedah jantung, UJ menyuruh gua, dengan kepakaran yang gua ada, supaya membedah Haji Parman dengan segera. Tetapi UJ tahu bahawa pembedahan itu, Haji Parman tidak akan mempunyai memori (17GB) lagi kerana pembedahan itu akan termasuk membedah otak yang telah menjangkit pada Haji Parman juga. UJ turut redha akan akibatnya.

Pembedahan bermula pada jam 3 pagi sehingga seawal jam 8.30 pagi.... keadaan dan pelaksanaan pembedahan itu berjalan dengan licin dan Haji Parman dalam keadaan stabil sekarang.

Hari ini, UJ tersenyum melihat keadaan Haji Parman (HP) Pavillionnya seperti sediakala.

Thursday, January 08, 2004

Insiden itu berlaku di depan mataku, guatahu ::::

sambungan :
Si gadis itu terbaring di depan mataku, badannya keras kaku, matanya terbeliak, cerminmatanya tercampak, beg yang dipegangnya bersepah.... keadaan menjadi kelam-kabut, ramai penumpang yang mengelilinginya.

Seorang pemuda cina ingin menekan butang kecemasan tetapi tidak ada gunanya kerana kalaulah keretapi berhenti di tengah-tengah landasan, apa yang kita boleh buat...? Walau bagaimanapun, pemuda itu tidak jadi untuk menekannya. Mungkin dia tahu apa yang berada di benak hatiku. Lebih baik jika ia terus berhenti di stesen Jurong East.....

Ada seorang lagi lelaki dewasa yang mengangkat si gadis itu. Yang badan si gadis itu masih berkaku. Setelah berdiri, si gadis itu hampir separuh sedar apa yang terjadi. Lalu, diberinya duduk......

Tiba-tiba, apabila bertanyakan keadaannya, dia pun menjawab dengan nada yang pelahan....
'It's OK! It's OK! I'm fine. Don't worry.'

Setibanya di stesen Jurong East, si gadis memakai cerminmatanya dan kemudian mengangkat begnya lalu turun di stesen itu dan terus beredar.....

Aku masih dalam keadaan bertanya-tanya, apakah sebenarnya yang terjadi? Bagaimanakah keadaan si gadis itu? Selalukah ianya berlaku pada dirinya? Adakah dia kena sawan (epilepsy)? hhhmmmm........

Wednesday, January 07, 2004

Insiden berlaku diperjalanan pulang dari kerja :::

Gua memang rasa letih, apa tidaknya.... bekerja dari pukul 8 pagi hingga hampir pukul 10 malam.

Jadi, bila berada di dalam mrt, yang paling baik sekali... melelapkan mata seketika....

Ketika perjalanan pulang dari kerja, tiba-tiba berlaku suatu kejadian yang amat memeranjatkan seluruh penumpang di dalam mrt. Perkara ini berlaku apabila mrt berada dalam perjalanan antara stesen Clementi menuju ke arah stesen Jurong East.

Seorang gadis berusia dalam linkungan awal 20-an tiba-tiba rebah dan jatuh....

(tak jadi nak sambung cerita ini... sebab UJ dah talipon menjemput gua ke rumahnya sebab ada tetamu yang hadir dari India - Sam dan isteri... pengantin baru)...

Dun worry... cerita ini pasti gua sambung.

Monday, January 05, 2004

KEPAYAHAN :::

Kepayahan adalah suatu kesengsaraan,
Menjadi seseorang dalam kelemasan,
Menanggung beban,
Boleh menyebabkan keruntuhan.

Kepayahan adalah suatu kesusahan,
Menjadi seseorang dalam keresahan,
Menanggung penderitaan,
Boleh menyebabkan kematian?

Kepayahan dari segi kewangan,
Boleh membuat orang berhutang,
Keliling pinggang.....

Kepayahan dalam bercinta,
Keruntuhan rumahtangga,
Anak-anak menjadi mangsa.

Ada pelbagai lagi kepayahan,
seperti....
Kepayahan dalam pandangan,
Mata sudah menjadi rabun.
Kepayahan dalam membaca,
Kurang ilmu pengetahuan,
Kepayahan sesama saudara,
Hilang tali persaudaraan,
Kepayahan berkomputer
Macam zaman purba.

Kepayahan, kebuntuhan,
Itulah perkara yang selalu menjadi kebingungan
Dalam sanubari kemanusiaan.
Kepayahan suatu dugaan,
Yang beriman tabah berhadapan,
Minta bantuan, kpd Allah,
Jalan yang sempit dilapangkan.

Ya Allah, jauhkanlah Kepayahan,
Kesusahan, Keresahan, Kesengsaraan,
HambaMu ini perlukan bantuan...
Amin, Amin Ya Rabbil A'lamin........

Sunday, January 04, 2004

Peristiwa yang lalu :::

'click'.... tak ada pun....
'click'.... tak ada pun....
'click'.... tak ada pun....
takpalah..... lain hari aje....


Salam Sejahtera.....
Memang belum boleh lagi nak update blog....

SIBUK,
MALAS,
TAK ADA IDEA,
KOMPUTER ROSAK,
BLOGSITE DOWN, .....

alasan-alasan yang selain di atas bolehlah didapati :
1) Isnin, 12 Ogos 2002 : My Penat Day.
2) Khamis, 15 Ogos 2002 : GUATAHU, Gua Penat.
3) Jumaat, 16 Ogos 2002 : Minta Maaf Geng.
4) Jummat, 22 Sept 2002 : Gua Penat.
5) Rabu, 19 Feb 2003 : Thanks for Visiting Guatahu Website.
6) Selasa, 25 Mar 2003 : Just wanna to say Hi!
7) Sabtu, 26 April 2003 : Sampai sekarang, baru ada cerita.
8) Rabu, 11 Jun 2003 : The day my blogsite is too quiet (sunyi lagi...)

This page is powered by Blogger. Isn't yours?